sahabat-sahabat

Tuesday, 10 May 2011

kenapa iqa tak tegur???

Ingin aku kongsikan sebuah kisah benar yang berlaku jam 9 pagi 9 mei 2011.
Dia berada dihadapanku. Kami sedang menghadiri sebuah majlis perpisahan dan persaraan dua orang pensyarah Matematik. “aduhai sahabat..kau kulihat jauh berubah..aku sayang akan kau sahabat..” ingin aku luahkan rasa hati ini. Namun “tapi dia kan tahu bab2 ni semua?!..dia insan yang berilmu..dia tahu tentang tabarruj,dia tahu tentang kesempurnaan dalam menutup aurat..dia tahu semua tu..” . berbisik lagi hati ini, kalau dia jahil bab2 ni mybe aku boley try dakwah gne pedagogi..tapi orang yang berilmu,kne gne pedagogi dan ilmu yang lebih berbanding ilmu yang dia ada”.
Ermmm..aku biarkan segala bisikan tersebut. Kerna aku buntu apa yang harus aku lakukan.
Kini majlis persaraan pun selesai. Kelas tiada. Aku bercadang ingin study di library. Sedang aku menyusun langkah keluar dewan, dia menyapaku. Kini aku tidak mampu lagi untuk mengelak.
“hai..busy Nampak???ada kelas ke pas ni???”sapa si dia.
“eh hai..xde la busy ngat..xde klas pon pas ny…ade klas ke???”giliranku pula bertanya.
“xde kot..xtau lagi..xdpt mcj lagi..”balas sahabat yang aku sayang.
“Oww…free ke skunk??ke ad hal???...”
“emm..skunk kul 9..fre kot..”
“oww..klu gtu jom borak2 jap..lame da x borak ngn die..org bz la katekan..kte g lib nk???”
“Ok gak..”
Melangkah kaki ke library aku pantas mnyusun langkah untuk memilih tempat yang agak privacy di mana ak bole buat syurhat(curahan hati) dengan sahabat ku ini. Aku memilih bilik komputer yang jauh dari sesaknya pelajar yang ingin ulang kaji.
“Emm…kak..sy xtau nk mula cane..emm..ble sy tgk akak sy jd sedih..sebab sy tgk akak banyak berubah. sy sedih. Sy konflik ngn diri sy sendri. sparuh hati sy kate tgurlah akak..separuh lagi kate, akak orang yang berilmu n akak tahu sume ni bab ikhtilat bab tabarruj n sume tu..”
Dia kulihat kelu. Mungkin terkejut dgn statemen aku yang xde mukadimah yang panjang. Sebab bese aku akan kias2 dulu then bru masuk. Tapi aku sendri seakan bingung untuk mulakan bicara. Itu yang terus masuk point. Aku kembali menyambung.
“sy minta maaf akak..sy xtau nk ckp cane..sy xtau nk sampaikan cane..tp sy sayangkan akak..akak jgn mara sy ye???sy buat sume ni sebab sy sayangkan akak..akak jgn trase tau???
Kemudian kulihat dia tersenyum nipis. “entahla iqa…akak rse akak ni jnis yang fleksibel n xmudah melenting ble orang tgur..akak terime je..”
“Emm..terima kasih kak..trima kasih sebab xmarakan saya..”aku menjawab lega.
“hari tu kak muslihah(bukan nama sebenar) ada datang bilik akak.. die tnye tntg akak.. die je kawan akak yang datang bilik akak tanye tentang akak..”
aku tertunduk malu dengan kata-katanya.. “kawan jenis ap ko ni iqa???”monolog aku didalam hati.
“dia datang n tanye kat akak… “kenapa ngn mira(bukan nama sebenar)??aku da jarang tgk ko kat balai (surau)..aku tau ko da xikut usrah..kenapa ni???” dan mase tu akak tanye balik dalam hati akak, kenapa iqa xtegur?”
Masyaallah..astaghfirullah..sekali lagi aku tertunduk malu..di atas muka bumi ini kak mira dah minta pertanggungjawaban..inikan pula di akhirat nanti. “Ya allah, iqa..apa yang ko dah buat???kenapa kau biarkan sahabat kau??” aku merintih hiba namun hanya Dia sahaja yang mendengar. Ini baru seorang sahabat yang minta pertanggungjawaban. Bagaimana dengan sahabat-sahabat aku yang lain?bagaimana dengan rakan karibku di dalam kelas??Bagaimana dengan rakan-rakan aku yang lain??bagaimana dengan adik-adikku??bagaimana dengan kaum keluargaku yang lain??masyaallah..beratnya bila tidak melaksanakan suruhan Allah. aku menangis sayu didalam hati.
Ayat “kenapa iqa xtegur??” seakan dia melantik aku agar menegur dan menasihatinya sekiranya dia tersilap langkah. Namun, lantikannya itu aku  biarkan sepi beberapa ketika. Aku lebih mendahulukan assignment dari menegurnya. Aku biarkan dia terkapai-kapai beberapa ketika. Kejamnya kau iqa..zalimnya kau iqa..kau tak tunaikan hak kau sebagai sahabat..dulu kalau kau ada masalah kau akan berkongsi dengan dia dan kalau dia ada masalah dia akan berkongsi masalah tu dengan kau. Suka duka kehidupan di maktab ini kau kongsi bersama. Tapi apa dah jadi sekarang? Mana ukhwah fillah kau???MANA!!!
Dalam suara yang bergetar aku cuba untuk berkata. “akak..jangan cakap mcm tu…sy minta maaf sbb biarkan akak..sy minta maaf sebab xtegur akak sebelum ni..saya minta maaf kak..sy minta maaf sgt2…???”
Dia tidak membalas sedikitpun kata-kataku. Suasana menjadi sepi sebagaimana sepinya hubungan kami sebelum ini. Aku sedar kesilapan ku kini. Sekalipun seseorang itu punya ilmu yang tinggi, andai dia tersilap langkah, tegurlah dia. Kerana menjadi fitrah insan iaitu “insana” yang bermaksud pelupa.  Manusia itu sering lupa. Oleh itu sudah menjadi ranggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk saling menasihati untuk kebaikan dan saling menasihat untuk kesabaran. Maafkan aku duhai sahabat buat sekian kalinya..aku yakin kau membaca luahan hati ini..~ukhwah fillah, insyaalah~



Sunday, 27 February 2011

aku tinggalkan cinta kerana ALLAH


Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah. 



"I haven't found any entry in Islam that permits what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that loves before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.
_________________
keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..


lelaki idaman saya...;-)         




Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya
Sekalipun saya tidak tahu siapa lelaki idaman saya…dan dimana dia berada kini…


Friday, 18 February 2011

kisah Kaabah


Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman dah Mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang surga tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi  neraka menuju ke syurga  bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, ia pasti akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang khafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah  yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah itu tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikai mengumpulkan semua yang pernah tawaf mengelilingi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tidak mahu bergerak. Kaabah menajawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak perduli orang itu berdosa atau tidak, yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diringi oleh semua orang yang pernah tawaf disekelilingnya. Malaikat mengadu  kepada Allah tentang hal yang berlaku... Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju syurga..

kisah pencungkih gigi

Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...

Dan diceritakan tentang satu kisah yang berlaku pada zaman Nabi Isa A.S, hayati kisahnya...

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan..... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

Ini belum kira mencuri masa pejabat untuk kegiatan peribadi.

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...

Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...
Wallahua'alam.

ISLAM KEMBALI DAGANG

Daripada Abu Hurairah r.a berkata :Bersabda Rasulullah s.a.w. “islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”
H.R MUSLIM
          Islam mula tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, islam kembali terasing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang islam itu sendiri. Sebahagian orang islam merasa ganjil dan pelik melihat orang islam yang iltizam dengan islam dan cuba mengamalkan tuntutan islam yang sebenar.
          Seorang yang iltizam dengan islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan solat , maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak solat dan bergurau senda ketika orang lain solat tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
          Begitulah seterusnya nasib islam akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang islam sendiri yang mengaku sebagai umat islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang islam.

sumber: Sedarkah kamu wahai manusia antara semalam dan hari ini, 
penulis: Wan Md Jamal bin Wan Md Saman
  

BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anas Bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “ tidak berlaku (terjadi) hari Qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.”

H.R. ABU DAUD

KETERANGAN

Diantara tanda hampirnya hari Qiamat ialah umat islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan berasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjemaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar, dan cantik tetapi yang datang bersembahyang didalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

sumber: Sedarkah kamu wahai manusia antara semalam dan hari ini, 
penulis: Wan Md Jamal bin Wan Md Saman

Wednesday, 5 January 2011

GOLONGAN YANG SELAMAT

Daripada `Auf Bin Malik r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Umat Yahudi telah berpecah belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku didalam kekuasaanNya umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, “golongan mana yang selamat?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mereka adalah jamaah,” (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah)
H.R IBNU MAJAH

Yang dimaksudkan dengan jemaah yang selamat ini adalah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sahabat dan salafus-shaleh, atau pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan “ahlus sunnah wal jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.
Sumber: (Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman-2009) Sedarkah Kamu Wahai Manusia Antara Semalam Dan Hari Ini

Thursday, 11 November 2010

tiada lagi airmata..

entah kali keberapa aku bertanyakan pada diri sendiri..kenapa aku xmampu lagi menangis..kenapa tiada lagi airmata..kalau dulu,dalam setiap sesi muhasabah ak akan menangis..tapi kini tidak lagi...kata-kata muhasabah yang keluar dari bibir ini mampu membuatkan sahabat2 aku menangis..tapi kenapa diri ini sendiri tak mampu menangis????bila berhadapan dengan kematian,aku muhasabah diri dan cuba untuk menangis..tapi aku tak mampu lagi..kemana hilangnya airmataku,aku sendiri tidak tahu..apakah hati ku kini kering..kering sangat2...kalau dahulu bila aku menonton cerita yang sedih aku akan menangis..tapi kini tidak lagi..kini,tiada lg airmata..bila aku menyesali dosa2 ku sepanjang hari,aku tidak mampu lagi menangis..bila diganggu dengan pelbagai bisikan2 jahat,tubuh ini terketar kerna takut..apakah tatkala ini ketaqwaan aku diuji???apakah tatkala ini kepercayaan aku diuji??ya allah...jangan Kau tarik nikmat iman dan islam yang telah engkau berikan kepadaku..aku xmampu untuk teruskan hidup ini andai nikmat itu Kau ambil dariku..namun hati ini tetap bersyukur kerna dalam pencarian ini,tahajud ku masih dengan linangan airmata...ya allah aku pinta hati yang baru ya allah..kurniakan aku hati yang lembut tetapi tabah..kurniakan aku hati yang sentiasa bersyukur dan qanaah..Kau balutilah hati ini dengan keimanan serta ketaqwaan kepadaMu..Kau ukirlah hati ini dengan nama-namaMu ya Allah..hati ini hanya mengharap keampunan, keredhaan dan rahmat hanya dariMu..astaghfirullah al-azim..lailahaillallah..

Friday, 29 October 2010

ukhti ku sayang...

"Permpuan y suci adalah perempuan y djaga oleh ALLAH,
Tidak sdikit pun ALLAH mbenarkn mn2 lelaki myentuh dirinya wlaupn hatinya..
Kerana ALLAH teramat mcntainya..
Tetapi andai kita bgelumang dgn cinta lelaki,
Di mana ALLAH utk mjaga kita?
ALLAH seperti mlepaskn kita kpd seorg manusia y lebih byk mgecewakn kita"
"Jika ALLAH dtgkn kesedaran dlm diri supaya mninggalkn cinta seorang lelaki,
bmakna ALLAH mahu ambil kita kmbali utk dijagaNYA.
Mengapa masih ragu2?"
"Kekuatan usah dtunggu tp harus dicari"
Hargailah di ats kesempatan yg ALLAH berikn..
"Sebesar2 dosa adalah dosa y d lakukn ketika kita rasa bdosa mlakuknnya"
-Imam Ghazali-

ukhti,

Aku bangga mlihatmu derita dlm pjuangan..
Dari mlihatmu gembira dlm kelalaian..

Ukhti,

Aku bangga mdengar tangisanmu kerana pengorbanan..
Dari mlihat tawamu dlm pengkhianatan..
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..
Dari hidup dlm kesesatan..
Krna jgn lupa
ukhti ku syg..

Muliamu bukan pd pangkat dan harta Tapi kerana ISLAM..


Tuesday, 5 October 2010

buat sang murabbiah...

Terkadang aku sedih…terkadang aku sendiri kelu..jangan sekali kau tinggalkan mad`u mu…kerna aku sering mendengarkan rintihan mereka..
Aku masih belum layak untuk menjadi murabbiah,namun aku terpanggil untuk mengikuti kehidupan mereka yang kau tinggalkan..
Jauh disudut hati mereka, mereka perlukan kalian untuk terus ditarbiyah..tatkala melihat tangisan mereka..aku tertanya apakah aku juga berdosa kerana terlepas pandang kehidupan mereka??
murabbiah..syaitan tidak mengenal erti letih dalam mencari sahabat-sahabatnya untuk turut sama tercampak kedalam neraka..kerana itu mereka cuba sedaya upaya untuk melalaikan manusia dengan berbagai kealpaan dan maksiat. Sekali insan itu melakukan maksiat dengan itu dia telah mencampak jauh rasa malunya. Dan syaitan akan meneruskan rancangan siri kedua maksiat tersebut sehingga lama- kelamaan maksiat itu terasa sangat indah serta dihiasi dengan dunia fantasi ciptaan syaitan sendiri.
Syaitan itu sangat licik..buat nenek dan atuk, syaitan buka kisah cinta zaman muda-mudi yang terputus di tengah jalan..buat ibu dan ayah, syaitan membuka kisah cinta yang terhalang suatu masa dahulu..buat anak-anak remaja, syaitan membina kisah cinta yang konon dihayati dengan nilai-nilai islam..sadisnya,adik-adik kecil juga tidak dilupakan..untuk itu syaitan membina kisah cinta pertama dua insan..
Buat murabbiah, untuk itu jangan kau tinggalkan mad`u yang punya cinta insani..mereka perlukan kekuatan dari kalian..aku sedar, kekuatan itu perlu dicari dan bukan dinanti..alhamdulillah allah memberiku kekuatan untuk mencari cintaNya..namun kita tetap harus membantu mereka sebagai kompas untuk mencari kekuatan tersebut..kekuatan mencari cinta Ilahi. Buat mereka yang ingin berubah, saat itu adalah saat yang paling kritikal. Andai murabbiahnya tidak sering mendekatinya, syaitan akan mendekatinya demi membuatkan mereka lemah dan takut untuk berhijrah..bahkan syaitan bakal meninggalkan tahi-tahi yang membuat insan itu takut untuk berubah..masya allah..tatkala tahi sudah membusuk, sangat sukar menghilangkannya..setela dibersihkan, busuknya tetap ada..
murabbiah..jangan biarkan mereka keseorangan..mereka perlukan kalian..aku disini hanya mampu menjadi pendengar yang setia..juga memberi sedikit pesanan yang bersangkutan dengan masalah mereka..
Pertama kali aku terkelu dengan penyataan mereka..“kenapa tinggalkan?...”
Aduhai sahabat..seakan menitis airmata ini, persoalanmu tak mampu aku menjawabnya..namun aku sebagai sahabat, tidak pernah meninggalkanmu..aku ada untukmu bila-bila kau perlukan..aku akan sentiasa ada untukmu..itu janjiku..
murabbiah..jawablah persoalan itu..hanya kalian yang tahu jawapannya..
Pesanku buat murabbiah, jangan tinggalkan mereka..mereka merintih memerlukan kalian..bimbinglah mereka sebaiknya..kerna aku masih tidak layak menjadi murabbiah.

Tuesday, 10 August 2010

kenapa...


Kenapa dengan diriku ya Allah?astaghfirullah al azim…aku sedih ya Allah. Aku merasakan bahawa diriku tidak bernilai. Aku terasa jauh dariMu ya Allah. Mungkin juga ini kifarah dosa-dosaku kerna tidak menghadiri perkumpulan bersama sahabat-sahabat yang solehah. Aku kejam ya Allah. Aku berkira-kira dengan masa ciptaanMu. Nauzubillah. Sedangkan sebelum ini aku cuba berpegang kuat pada dalil naqli iaitu at-taubah ayat ke-41. Terjemahannya:- berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Ayat seterusnya membicarakan tentang orang-orang yang berdusta. Subhanallah. Jangan Kau jadikan diriku ini hambaMu yang berdusta. Jangan Kau jadikan aku insan yang bimbang dalam keraguan. Ya Allah ya Rabb..berikanlah aku kekuatan dalam mentaatiMu. Jadikanlah aku hambaMu yang teguh dalam berjihad di jalan Mu. Jadikanlah aku para syuhada yang mengimpikan shahid di jalanMu ya Allah. Kau teguhkanlah imanku ini ya Allah. Jangan Kau bolak-balikkan hatiku ini ya Allah. Bantulah aku dalam meneguhkan agamuMu juga mentarbiyah sahabat-sahabatku menuju jalanMu yang lurus. Teguhkanlah iman hambaMu yang hina ini ya Allah. Iman ku ini sering turun dan naik. Ampunkan segala dosa-dosaku yang bagai pepasir di pantai. Yang tidak terkira banyaknya. Astaghfirullah..aku memohon ampun dariMu ya Allah.

Saturday, 31 July 2010

kejamkah aku???


Astagfirullah al-azim…ya Allah ya Rabb yang memegang hati-hati hambanya. Teguhkan hati hamba Mu ini. Jangan Kau bolak-balikkan hati hambaMu ini. Jangan Kau tarik nikmat iman yang telah Engkau berikan kepadaku. Sungguh aku tak mampu untuk membayangi azab nerakaMu. Apatah lagi mengimpikan syurgaMu. Namun lembaran dosa seakan menebal hari demi hari. Puas ku beristighfar memohon keampunanMu. Namun apakah istighfarku ini diterima. Kadang serasa aku tidak menghayati lafaz istighfar itu sendiri. Dan kadang aku terlupa untuk tafakkur alam ketika menyebut namaMu. Kejamkah aku tatkala lidah beristighfar namun hati tidak mentafakkuri alam ciptaanMu ini.

Monday, 19 July 2010

Ikhtilat


Ya Allah ya Rabb..berilah aku kekuatan dalam mentaatiMu. Sejak kebelakangan ini aku merasakan diriku tidak bernilai. Aku merasakan imanku juga semakin berkurangan. Ya Allah..aku memohon keampunan dariMu Ya Allah. Aku sangat lemah tatkala ini. Aku sangat sedih ya Allah. Terlalu banyak dosaku untuk dihitung. Aku juga kini dirundung rindu yang teramat sangat pada umi dan ayah. Aku gagal menjaga ikhtilat ku sejak seminggu ini. Banyak perkara yang aku perlu bincangkan dengan kaum adam. Dan serasa aku tidak dapat mengelak berhadapan dengan mereka. Hujung minggu ini aku akan ke Kelantan bersama tiga orang lagi rakanku beserta seorang guru pelatih lelaki yang membuat perkhidmatan kereta ke Kelantan. Kami akan menaiki sebuah kereta. Ya Allah..aku memohon kekuatan dalam menjaga ikhtilatku ya Allah. Di sana rakan-rakanku bercadang untuk bermain boling bersama seorang lagi guru pelatih lelaki. Ya Allah..dapat kubayangkan sebuah lagi dugaanMu dalam melihat pergaulan aku bersama kaum adam. Aku takut Ya Allah. Aku takut gagal. Aku takut gagal dalam menjaga ikhtilat. Dapat juga kubayangkan betapa hinanya diri ini andai gagal menjaga ikhtilatku. Ya Allah..aku memohon kekuatan dariMu ya Allah. Ya Allah..hambaMu yang hina ini memohon pertolongan dariMu ya Allah. Aku takut lagha ya Allah. Jangan sekali Kau biarkan aku leka dengan fatamorgana dunia. Subhanallah.. lkhtilat..terlalu ramai yang naif mengenainya. Sekalipun mendapat pendidikan di sekolah agama,masih ramai yang tidak mengendahkannya dek zaman urbanisasi. Aduhai sahabat kini kita dibanjiri jahiliyah moden yang menggigit pemikiran manusia yang terlalu mengejar duniawi hingga terlupa kampung halaman di sana. Orang yang bijaksana ialah orang yang memikirkan kehidupannya di sana. Aduhai malangnya insan yang hanya bijaksini. Sama-sama kita selami hingga ke dasarnya.

Thursday, 8 July 2010

dari keJAUHan



Buat ayah…
Ayah..akak memohon maaf atas segala salah silap akak selama ayah menyara akak di dunia ini.
Akak juga memohon maaf atas segala keterlanjuran kata-kata akak. Akak smasekali tidak pernah ingin melawan kata-kata ayah..tatkala menaip warkah ini akak ingin kembali kepada umi dan ayah sebagai anak yang solehah..setelah puas akak mengenali dunia yang hanya sandiwara ini akak menyesal atas setiap dosa-dosa akak yang lalu..sejak meningkat remaja akak sangat kuat memberontak..namun umi dan ayah sangat sabar mendidik akak. Bila akak kenang kembali bagaimana degilnya akak waktu kecil dahulu sehingga membuat adik-adik terikut dengan tingkah buruk akak.ayah sangat sabar.akak tahu ayah garang,sebab tu akak takut sangat dengan ayah. Tapi bila menikmati hidup sebagai seorang remaja, akakmula cuba untuk menghilangkanrasa takut pada ayah. Kerana itu dengan tegarnya akak ambil keputusan tanpa memikirkan ayah.akak menyesal ayah..akak menyesal sangat-sangat..Pernah suatu ketika ayah bertanyakan kemana akak ingin tuju, tanpa rasa bersalah akak menyatakan akak ingin keluar berjumpa rakan sekolah. Sedangkan pada waktu itu akak tahu ayah berat nak lepaskan akak keluar rumah. Mungkin disebabkan akak sudah menginjak umur 18tahun,kerana itu ayah cuba beri kebebasan pada akak. Kejamnya akak pada ayah. Akak xnak dibiarkan bebas lagi ayah. Kini akak dah nampak, kawan yang akak lihat baik disekolah sebenarnya buruk bila diluar kawasan sekolah. Sehingga akak rasa malu dan jijik melihat tingkah mereka. Kini baru akak tahu kenapa ayah tidak galak akak keluar rumah. Kerana dunia akak dirumah sangat aman dan selamat. Namun dunia diluar sana sangat bahaya buat akak. Akak tak pernah menyangka semua ini ayah. Akak takut sangat ayah. Disini akak xda umi dan ayah untuk mengajar akak jalan mana yang harus akak pilih. Namun, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Dia lah yang menemukan akak dengan sahabat-sahabat yang mampu membimbing akak, menegur salah dan silap akak, memperbaiki amalan fardhu juga nawafil. Mereka inilah yang sebenarnya permata yang akak cari selama ini. Akhirnya akak temui juga. Dan cukuplah Allah s.w.t bagi akak sebagai pelindung dan penyelamat akak. Kini ayah tak perlu risau lagi mengenai pergaulan akak, dengan siapa akak berkawan, cara pemakaian akak, dan bagaimana akak manfaatkan sepenuhnya elaun akak kerana insyaallah dengan bimbingan sahabat2 sefikrah, akak akan dapat melakukan segalanya dengan baik. Amin..Akak mohon du`a umi dan ayah dari kejauhan….

tolong sampaikan pada si dia...


Tolong sampaikan pada si dia… Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

Wednesday, 7 July 2010

Aduhai insan


aduhai insan...masih ramai yang lena..kerna kita lena dibuai mimpi indahnya fatamorgana. kerana kita sering menyatakannya "inilah realiti!"..memang ia realiti masa kini..tapi dunia ini sebenarnya sangat jauh. makin kita cuba kejar ia makin jauh ia meninggalkan kita. satu yang sering kali kita kurang peduli,AKHIRAT. mungkin dengan perkataan akhir membuatkan kita memikirkannya ketika di akhir usia atau mungkin memikirkannya apabila tiada apa lagi yang difikirkan. kalau inilah yan bermain disanubari kita,betapa kejamnya kita sebagai hamba Allah swt. pernahkah kita memikirkan asal kejadian kita?jika tidak,kita sangat kejam.pernahkah kita merasa kecil???jika tidak pernah sememangnya kita zalim. agak kasar saya nyatakan,kita keluar dari dua lubang kencing...hina kan???? tapi masih ada yang menyombong diri pada tuhan pencipta sekalian alam.masih ada yang dengan sewenangnya meninggalkan solat memperhambakan diri pada ya Allah ya Rabb. alasannya..sibuk dengan dunianya..mereka rela memperhambakan diri pada dunia yang lebih banyak menzalimi mereka. padahal Allah tidak pernah menzalimi hambanya.bangunlah..sedarlah dari mimpi yang panjang. pulanglah kejalanNya..selagi kita punya nikmat untuk bertaubat.alangkah malangnya tatkala kita tersedar bila izrail datang memanggil..penyesalan,tangisan,rintihan segalanya tidak mampu mengubah apapun...