sahabat-sahabat

Wednesday 5 January 2011

GOLONGAN YANG SELAMAT

Daripada `Auf Bin Malik r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Umat Yahudi telah berpecah belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku didalam kekuasaanNya umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, “golongan mana yang selamat?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mereka adalah jamaah,” (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah)
H.R IBNU MAJAH

Yang dimaksudkan dengan jemaah yang selamat ini adalah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sahabat dan salafus-shaleh, atau pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan “ahlus sunnah wal jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.
Sumber: (Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman-2009) Sedarkah Kamu Wahai Manusia Antara Semalam Dan Hari Ini