sahabat-sahabat

Saturday 31 July 2010

kejamkah aku???


Astagfirullah al-azim…ya Allah ya Rabb yang memegang hati-hati hambanya. Teguhkan hati hamba Mu ini. Jangan Kau bolak-balikkan hati hambaMu ini. Jangan Kau tarik nikmat iman yang telah Engkau berikan kepadaku. Sungguh aku tak mampu untuk membayangi azab nerakaMu. Apatah lagi mengimpikan syurgaMu. Namun lembaran dosa seakan menebal hari demi hari. Puas ku beristighfar memohon keampunanMu. Namun apakah istighfarku ini diterima. Kadang serasa aku tidak menghayati lafaz istighfar itu sendiri. Dan kadang aku terlupa untuk tafakkur alam ketika menyebut namaMu. Kejamkah aku tatkala lidah beristighfar namun hati tidak mentafakkuri alam ciptaanMu ini.

Monday 19 July 2010

Ikhtilat


Ya Allah ya Rabb..berilah aku kekuatan dalam mentaatiMu. Sejak kebelakangan ini aku merasakan diriku tidak bernilai. Aku merasakan imanku juga semakin berkurangan. Ya Allah..aku memohon keampunan dariMu Ya Allah. Aku sangat lemah tatkala ini. Aku sangat sedih ya Allah. Terlalu banyak dosaku untuk dihitung. Aku juga kini dirundung rindu yang teramat sangat pada umi dan ayah. Aku gagal menjaga ikhtilat ku sejak seminggu ini. Banyak perkara yang aku perlu bincangkan dengan kaum adam. Dan serasa aku tidak dapat mengelak berhadapan dengan mereka. Hujung minggu ini aku akan ke Kelantan bersama tiga orang lagi rakanku beserta seorang guru pelatih lelaki yang membuat perkhidmatan kereta ke Kelantan. Kami akan menaiki sebuah kereta. Ya Allah..aku memohon kekuatan dalam menjaga ikhtilatku ya Allah. Di sana rakan-rakanku bercadang untuk bermain boling bersama seorang lagi guru pelatih lelaki. Ya Allah..dapat kubayangkan sebuah lagi dugaanMu dalam melihat pergaulan aku bersama kaum adam. Aku takut Ya Allah. Aku takut gagal. Aku takut gagal dalam menjaga ikhtilat. Dapat juga kubayangkan betapa hinanya diri ini andai gagal menjaga ikhtilatku. Ya Allah..aku memohon kekuatan dariMu ya Allah. Ya Allah..hambaMu yang hina ini memohon pertolongan dariMu ya Allah. Aku takut lagha ya Allah. Jangan sekali Kau biarkan aku leka dengan fatamorgana dunia. Subhanallah.. lkhtilat..terlalu ramai yang naif mengenainya. Sekalipun mendapat pendidikan di sekolah agama,masih ramai yang tidak mengendahkannya dek zaman urbanisasi. Aduhai sahabat kini kita dibanjiri jahiliyah moden yang menggigit pemikiran manusia yang terlalu mengejar duniawi hingga terlupa kampung halaman di sana. Orang yang bijaksana ialah orang yang memikirkan kehidupannya di sana. Aduhai malangnya insan yang hanya bijaksini. Sama-sama kita selami hingga ke dasarnya.

Thursday 8 July 2010

dari keJAUHan



Buat ayah…
Ayah..akak memohon maaf atas segala salah silap akak selama ayah menyara akak di dunia ini.
Akak juga memohon maaf atas segala keterlanjuran kata-kata akak. Akak smasekali tidak pernah ingin melawan kata-kata ayah..tatkala menaip warkah ini akak ingin kembali kepada umi dan ayah sebagai anak yang solehah..setelah puas akak mengenali dunia yang hanya sandiwara ini akak menyesal atas setiap dosa-dosa akak yang lalu..sejak meningkat remaja akak sangat kuat memberontak..namun umi dan ayah sangat sabar mendidik akak. Bila akak kenang kembali bagaimana degilnya akak waktu kecil dahulu sehingga membuat adik-adik terikut dengan tingkah buruk akak.ayah sangat sabar.akak tahu ayah garang,sebab tu akak takut sangat dengan ayah. Tapi bila menikmati hidup sebagai seorang remaja, akakmula cuba untuk menghilangkanrasa takut pada ayah. Kerana itu dengan tegarnya akak ambil keputusan tanpa memikirkan ayah.akak menyesal ayah..akak menyesal sangat-sangat..Pernah suatu ketika ayah bertanyakan kemana akak ingin tuju, tanpa rasa bersalah akak menyatakan akak ingin keluar berjumpa rakan sekolah. Sedangkan pada waktu itu akak tahu ayah berat nak lepaskan akak keluar rumah. Mungkin disebabkan akak sudah menginjak umur 18tahun,kerana itu ayah cuba beri kebebasan pada akak. Kejamnya akak pada ayah. Akak xnak dibiarkan bebas lagi ayah. Kini akak dah nampak, kawan yang akak lihat baik disekolah sebenarnya buruk bila diluar kawasan sekolah. Sehingga akak rasa malu dan jijik melihat tingkah mereka. Kini baru akak tahu kenapa ayah tidak galak akak keluar rumah. Kerana dunia akak dirumah sangat aman dan selamat. Namun dunia diluar sana sangat bahaya buat akak. Akak tak pernah menyangka semua ini ayah. Akak takut sangat ayah. Disini akak xda umi dan ayah untuk mengajar akak jalan mana yang harus akak pilih. Namun, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Dia lah yang menemukan akak dengan sahabat-sahabat yang mampu membimbing akak, menegur salah dan silap akak, memperbaiki amalan fardhu juga nawafil. Mereka inilah yang sebenarnya permata yang akak cari selama ini. Akhirnya akak temui juga. Dan cukuplah Allah s.w.t bagi akak sebagai pelindung dan penyelamat akak. Kini ayah tak perlu risau lagi mengenai pergaulan akak, dengan siapa akak berkawan, cara pemakaian akak, dan bagaimana akak manfaatkan sepenuhnya elaun akak kerana insyaallah dengan bimbingan sahabat2 sefikrah, akak akan dapat melakukan segalanya dengan baik. Amin..Akak mohon du`a umi dan ayah dari kejauhan….

tolong sampaikan pada si dia...


Tolong sampaikan pada si dia… Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

Wednesday 7 July 2010

Aduhai insan


aduhai insan...masih ramai yang lena..kerna kita lena dibuai mimpi indahnya fatamorgana. kerana kita sering menyatakannya "inilah realiti!"..memang ia realiti masa kini..tapi dunia ini sebenarnya sangat jauh. makin kita cuba kejar ia makin jauh ia meninggalkan kita. satu yang sering kali kita kurang peduli,AKHIRAT. mungkin dengan perkataan akhir membuatkan kita memikirkannya ketika di akhir usia atau mungkin memikirkannya apabila tiada apa lagi yang difikirkan. kalau inilah yan bermain disanubari kita,betapa kejamnya kita sebagai hamba Allah swt. pernahkah kita memikirkan asal kejadian kita?jika tidak,kita sangat kejam.pernahkah kita merasa kecil???jika tidak pernah sememangnya kita zalim. agak kasar saya nyatakan,kita keluar dari dua lubang kencing...hina kan???? tapi masih ada yang menyombong diri pada tuhan pencipta sekalian alam.masih ada yang dengan sewenangnya meninggalkan solat memperhambakan diri pada ya Allah ya Rabb. alasannya..sibuk dengan dunianya..mereka rela memperhambakan diri pada dunia yang lebih banyak menzalimi mereka. padahal Allah tidak pernah menzalimi hambanya.bangunlah..sedarlah dari mimpi yang panjang. pulanglah kejalanNya..selagi kita punya nikmat untuk bertaubat.alangkah malangnya tatkala kita tersedar bila izrail datang memanggil..penyesalan,tangisan,rintihan segalanya tidak mampu mengubah apapun...