sahabat-sahabat

Monday 19 July 2010

Ikhtilat


Ya Allah ya Rabb..berilah aku kekuatan dalam mentaatiMu. Sejak kebelakangan ini aku merasakan diriku tidak bernilai. Aku merasakan imanku juga semakin berkurangan. Ya Allah..aku memohon keampunan dariMu Ya Allah. Aku sangat lemah tatkala ini. Aku sangat sedih ya Allah. Terlalu banyak dosaku untuk dihitung. Aku juga kini dirundung rindu yang teramat sangat pada umi dan ayah. Aku gagal menjaga ikhtilat ku sejak seminggu ini. Banyak perkara yang aku perlu bincangkan dengan kaum adam. Dan serasa aku tidak dapat mengelak berhadapan dengan mereka. Hujung minggu ini aku akan ke Kelantan bersama tiga orang lagi rakanku beserta seorang guru pelatih lelaki yang membuat perkhidmatan kereta ke Kelantan. Kami akan menaiki sebuah kereta. Ya Allah..aku memohon kekuatan dalam menjaga ikhtilatku ya Allah. Di sana rakan-rakanku bercadang untuk bermain boling bersama seorang lagi guru pelatih lelaki. Ya Allah..dapat kubayangkan sebuah lagi dugaanMu dalam melihat pergaulan aku bersama kaum adam. Aku takut Ya Allah. Aku takut gagal. Aku takut gagal dalam menjaga ikhtilat. Dapat juga kubayangkan betapa hinanya diri ini andai gagal menjaga ikhtilatku. Ya Allah..aku memohon kekuatan dariMu ya Allah. Ya Allah..hambaMu yang hina ini memohon pertolongan dariMu ya Allah. Aku takut lagha ya Allah. Jangan sekali Kau biarkan aku leka dengan fatamorgana dunia. Subhanallah.. lkhtilat..terlalu ramai yang naif mengenainya. Sekalipun mendapat pendidikan di sekolah agama,masih ramai yang tidak mengendahkannya dek zaman urbanisasi. Aduhai sahabat kini kita dibanjiri jahiliyah moden yang menggigit pemikiran manusia yang terlalu mengejar duniawi hingga terlupa kampung halaman di sana. Orang yang bijaksana ialah orang yang memikirkan kehidupannya di sana. Aduhai malangnya insan yang hanya bijaksini. Sama-sama kita selami hingga ke dasarnya.

No comments: