sahabat-sahabat

Tuesday 10 August 2010

kenapa...


Kenapa dengan diriku ya Allah?astaghfirullah al azim…aku sedih ya Allah. Aku merasakan bahawa diriku tidak bernilai. Aku terasa jauh dariMu ya Allah. Mungkin juga ini kifarah dosa-dosaku kerna tidak menghadiri perkumpulan bersama sahabat-sahabat yang solehah. Aku kejam ya Allah. Aku berkira-kira dengan masa ciptaanMu. Nauzubillah. Sedangkan sebelum ini aku cuba berpegang kuat pada dalil naqli iaitu at-taubah ayat ke-41. Terjemahannya:- berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Ayat seterusnya membicarakan tentang orang-orang yang berdusta. Subhanallah. Jangan Kau jadikan diriku ini hambaMu yang berdusta. Jangan Kau jadikan aku insan yang bimbang dalam keraguan. Ya Allah ya Rabb..berikanlah aku kekuatan dalam mentaatiMu. Jadikanlah aku hambaMu yang teguh dalam berjihad di jalan Mu. Jadikanlah aku para syuhada yang mengimpikan shahid di jalanMu ya Allah. Kau teguhkanlah imanku ini ya Allah. Jangan Kau bolak-balikkan hatiku ini ya Allah. Bantulah aku dalam meneguhkan agamuMu juga mentarbiyah sahabat-sahabatku menuju jalanMu yang lurus. Teguhkanlah iman hambaMu yang hina ini ya Allah. Iman ku ini sering turun dan naik. Ampunkan segala dosa-dosaku yang bagai pepasir di pantai. Yang tidak terkira banyaknya. Astaghfirullah..aku memohon ampun dariMu ya Allah.

No comments: